hargai segalanya :).

MENGAPA KITA MENYOROK DI SEBALIK PENGAJIAN YANG KITA IKUTI...

SEDANGKAN ORANG DILUAR TERAMAT MEMERLUKAN KEPAKARAN KITA...

KERANA KITALAH YANG MEMPUNYAI ILMU DLAM BIDANG YANG BERKAIT RAPAT NGN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA...

SEDANGKAN DIMANA KITA BERDIRI PUN IANYA ADALAH DINAMAKAN BUMI DAN IANYA SANGAT PENTING UNTUK DIURUSKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN...

DAN KITA LAH YANG PERLU MENGURUSKANNYA DENGAN TELUS DAN JITU....

SEGALA ILMU DAN PENGALAMAN YANG KITA ADA , ADALAH UMPAMA LUBUK EMAS UNTUK DIKONGSI BERSAMA KERANA IANYA AKAN TERUS MENJANA PEMIKIRAN DAN SETERUSNYA MELAHIRKAN PROFESIONAL UNGGUL DI DUNIA DAN AKHIRAT...

HARGAI LAH SETIAP APA YANG KITA ADA DAN BERILAH PENGHARGAAN KEPADA ORG LAIN YANG BANYAK BERJASA PADA KEHIDUPAN KITA...SIAPALAH KITA TANPA ADANYA ORANG LAIN ...

KELUHURAN DAN KERENDAHAN HATI ADALAH KUNCI KEJAYAAN...

last sem dinner:).

last sem dinner:).
sape pling best????

uitm di hati dan jiwa kita:).

uitm di hati dan jiwa kita:).
~universiti teknology mara~

apa shaja:).

ASALAMUALAIKUM..

dan salam sejahtera kepada semua.... selaku insan yang kerdil di sisiNYA , ku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kpd YANG MAHA PENCIPTA kerana mengizinkan aku untuk memulakan blog istimewa ini...

walaupun tiada pengalaman yang jitu dalam bidang ini ..kuberanikan diri untuk melaksanakannya demi membantu rakan-RAKAN yang dalam kebuntuan untuk menghasilkan blog seperti ini...

doaku agar kita semua mendapat berkat dan rahmat dari kewujudan blog yang ku niatkan khas kerana ALLAH dlam perlaksanaannya...


blog istimewa ini direka khas untuk dikongsi bersama-sama rakan2 dan pensyarah2...

siapa2 yang berminat dalam bidang hartanah dan sesiapa yang berminat untuk merapatkan silaturahmi sesama insan...

bekas2 pelajar uitm dan yang sedang mengikuti pengajian dlam bidang PENGURUSAN HARTANAH adalah digalakkan untuk menyertai blog ini...

bayak perkara yang kita boleh kongsi dan ceritakan di dlam blog ini... sma fungsinya dengan e.m.a.s : estate management society

segala idea untuk mengembangkan lagi industri hartanah di Malaysia adalah digalakkan untuk dibincangkan bersama..

setakat ini..saya sendiri sedang mengkaji system PEMASARAN BERKESAN MELALUI PERHUBUNGAN AWAM... ALHAMDULILAH..segalanya berjalan lancar... dan disertai pelbagai lapisan msyarakat...

peluang2 business juga terbuka luas kepada mereka yang berminat..

kami menggalakkan perkongsian idea untuk memastikan inovasi yang diperlukan demi menjayakan Malaysia sebagai negara maju terlaksana dan tercapai...

konsep 1Malaysia juga kami terapkan dalam mencari kaedah terbaik memasarkan graduan-graduan khasnya pengurusan hartanah dalam industri di Malaysia...

semoga kehadiran anda mewarnai dan mengindahkan lagi kehidupan sehari-harian kita bersama..

salam sayang dan ingatan mesra dari...

cik siti hamidah bt salim
(sem 5 :july 2009 degree of estate management uitm , dip. of estate management uitm 2005-2008)

Saturday, July 25, 2009

kita di aras mana yer???

Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.


Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Monday, July 20, 2009

advertising campaign yg menarik bulan ini...



cmne kita nk inovasi advertising ni dlam bidang kita lak:).

Thursday, July 9, 2009

TAUTAN QASEH B.E.M

:).


alhamdulilah, proposal hampir siap dan akan di hantar esok.

1)stage 1
make a proposal
-raise money from sharing business with friend to be used in the programme
-b.e.m festival : each of us who are interested to doing a biz can sell thier product at fspu podium.

2) stage 2
- press conference , cooperation with media prima.
-sending to sponspor regards of the programme.
-any amendment will be done.

3) stage 3
-go to cherating...program anak angkat
-gala dinner for raise money to an orphan at kampung gajah.

4)stage 4
- post mortem of the activities

Saturday, July 4, 2009

jgan la berdendam tak da makna pon:).

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati..

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

“Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah.. Saya sekadar berusaha...” kata Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. “MasyaAllah…” rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. “Memang sah Ita terkena ilmu ‘Lubang Jarum’. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama”, kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu ‘Lubang Jarum’ ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.

Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu.. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu.. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.

aktiviti yang bakal di aturlaksana:).

1)PEMANTAPAN MODAL INSAN
-melatih pelajar2 berkomunikasi melalui dunia business sebenar

-menyatukan pelajar2 e.m supaya mempunyai pertalian yg sgt kuat

-SLOT"MEMBERI ITU TERAPI JIWA"=MEMBANTU PELAJAR2 UNTUK MENCARI KEKUATAN SEBENAR DI DALAM DIRI DAN MENCAPAI KEPUASAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

-MEMBUKA 1 KAUNTER KHAS DI F.S.P.U UNTUK MENERIMA DAN MENGANALISA SEGALA PERMASALAHAN DAN IDEA2(ASSINGMENT PELAJAR) YANG BOLEH DI KETENGAHKAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN SEBENAR.

-MENGAPLIKASIKAN PEMBELAJARAN DAN PRAKTIKAL PADA MASA2 TERLUANG DEMI MELAHIRKAN GRADUAN YANG BOLEH TERPASAR DI DLM INDUSTRI...


2) PERCUTIAN REST N RILEKS

- MEMBWA PELAJAR KE TMPT2 YG BERFAEDAH SMBIL MENENANGKAN FIKIRAN ....
STUDY IS ENJOY, ENJOY IS STUDY:).
;- MYBE PERHENTIAN ATAU PANGKOR
-BELAJAR ERTI PERSAHABATAN DAN PERKONGSIAN:).


3)UPGRADE E.M.A.S SUPAYA LEBIH MENONJOL DI MATA UMUM DAN DUNIA

-PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR UNTUK MELIHAT REAL ESTATE DI DUBAI DAN HONGKONG.

-KEMASKINI SEGALA AKAUN DAN AUDIT E.M.A.S SUPAYA LEBIH TERSUSUN DAN BERKESAN

-MELAKSANAKAN BUSINESS YANG MENDATANGKAN KEUNTUNGAN DAN KEUNTUNGAN AKN DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT SEBARANG MAJLIS BERKAITAN SERTA AKTIVITI YG MELIBATKAN E.M.A.S

Wednesday, July 1, 2009

persahabatan itu indah:).


terima kasih kerana menjadi sebahagian dari detik dalam kehidupan society kite:).






kalo kita rase kite tension, jumpe n kuar la ngn kwn2 yg best2 ...hehehehhe:).

lg 1 >>..

kalo rase tension..katakan pada diri

"SAYA SAYANG DIRI SAYA"

LAFAZKAN KUAT2...


Tuesday, June 30, 2009

penin:).


kenangan terindah dalam hidupku:).

cik mied bsma cik: ina, akma n mas(kami semua lum kawen tau:P. hik2)

best nye...skjp je 3 thun kt perak..ni kami knvo dip..

mase tgk picha ni terkenang kt pnsyarh2kt perak nun..terutama en.zaki ...

:).

mesti semua knl kn...en zaki ...mula2 kami tk dpt trima cara beliau..:). mklumla kami kn lambat skit..

alhamdulilah..berkat panggilan en. zaki(setiap kali masuk kelas beliau, tk pernah lupa , mesti beliau akn tnya soaln kt sya:P)

....mungkin kerana pnsyarah knl saye yg kuat bertanya ni..tu la beliau suka bertanya plak pd saya..

tk mungkin ku lupa asgment AIRCOnDITIONER yg kami kene ulang wat semula kerana
dapat pangkat PLAGIAT lagi dari en.zaki tersayang...:).

papepun UCAPA TERIMA KASIH TK TERHINGGA BUAT SEMUA PENSYARAH YANG MENGAJAR KAMI:).

HANYA ALLAH YG BISA MMBLS JASA BAIK ANDA SEMUA:).

Search This Blog