hargai segalanya :).

MENGAPA KITA MENYOROK DI SEBALIK PENGAJIAN YANG KITA IKUTI...

SEDANGKAN ORANG DILUAR TERAMAT MEMERLUKAN KEPAKARAN KITA...

KERANA KITALAH YANG MEMPUNYAI ILMU DLAM BIDANG YANG BERKAIT RAPAT NGN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA...

SEDANGKAN DIMANA KITA BERDIRI PUN IANYA ADALAH DINAMAKAN BUMI DAN IANYA SANGAT PENTING UNTUK DIURUSKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN...

DAN KITA LAH YANG PERLU MENGURUSKANNYA DENGAN TELUS DAN JITU....

SEGALA ILMU DAN PENGALAMAN YANG KITA ADA , ADALAH UMPAMA LUBUK EMAS UNTUK DIKONGSI BERSAMA KERANA IANYA AKAN TERUS MENJANA PEMIKIRAN DAN SETERUSNYA MELAHIRKAN PROFESIONAL UNGGUL DI DUNIA DAN AKHIRAT...

HARGAI LAH SETIAP APA YANG KITA ADA DAN BERILAH PENGHARGAAN KEPADA ORG LAIN YANG BANYAK BERJASA PADA KEHIDUPAN KITA...SIAPALAH KITA TANPA ADANYA ORANG LAIN ...

KELUHURAN DAN KERENDAHAN HATI ADALAH KUNCI KEJAYAAN...

last sem dinner:).

last sem dinner:).
sape pling best????

uitm di hati dan jiwa kita:).

uitm di hati dan jiwa kita:).
~universiti teknology mara~

apa shaja:).

ASALAMUALAIKUM..

dan salam sejahtera kepada semua.... selaku insan yang kerdil di sisiNYA , ku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kpd YANG MAHA PENCIPTA kerana mengizinkan aku untuk memulakan blog istimewa ini...

walaupun tiada pengalaman yang jitu dalam bidang ini ..kuberanikan diri untuk melaksanakannya demi membantu rakan-RAKAN yang dalam kebuntuan untuk menghasilkan blog seperti ini...

doaku agar kita semua mendapat berkat dan rahmat dari kewujudan blog yang ku niatkan khas kerana ALLAH dlam perlaksanaannya...


blog istimewa ini direka khas untuk dikongsi bersama-sama rakan2 dan pensyarah2...

siapa2 yang berminat dalam bidang hartanah dan sesiapa yang berminat untuk merapatkan silaturahmi sesama insan...

bekas2 pelajar uitm dan yang sedang mengikuti pengajian dlam bidang PENGURUSAN HARTANAH adalah digalakkan untuk menyertai blog ini...

bayak perkara yang kita boleh kongsi dan ceritakan di dlam blog ini... sma fungsinya dengan e.m.a.s : estate management society

segala idea untuk mengembangkan lagi industri hartanah di Malaysia adalah digalakkan untuk dibincangkan bersama..

setakat ini..saya sendiri sedang mengkaji system PEMASARAN BERKESAN MELALUI PERHUBUNGAN AWAM... ALHAMDULILAH..segalanya berjalan lancar... dan disertai pelbagai lapisan msyarakat...

peluang2 business juga terbuka luas kepada mereka yang berminat..

kami menggalakkan perkongsian idea untuk memastikan inovasi yang diperlukan demi menjayakan Malaysia sebagai negara maju terlaksana dan tercapai...

konsep 1Malaysia juga kami terapkan dalam mencari kaedah terbaik memasarkan graduan-graduan khasnya pengurusan hartanah dalam industri di Malaysia...

semoga kehadiran anda mewarnai dan mengindahkan lagi kehidupan sehari-harian kita bersama..

salam sayang dan ingatan mesra dari...

cik siti hamidah bt salim
(sem 5 :july 2009 degree of estate management uitm , dip. of estate management uitm 2005-2008)

Saturday, July 25, 2009

kita di aras mana yer???

Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.


Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog